Featured Post 1

Featured Post 1

Featured Post 2

Featured Post 2

"Apabila kita dilahirkan,

Kita menangis orang lain gembira,

Berusahalah apabila kita mati kelak,

orang lain menangis tapi kita masih mampu tersenyum"

(Hamka)

Profesor mahu cipta otak tiruan

Thursday, February 4, 2010

:: GAMBAR menunjukkan cahaya di sekitar otak mungkin mewakili aktiviti elektrik. ::

GENEVA – Seorang doktor dan jurutera komputer, Profesor Henry Markram (gambar) mengumumkan bahawa beliau dan pasukannya akan mencipta otak tiruan pertama di dunia menjelang tahun 2018, lapor sebuah akhbar semalam.



Bertempat di tepi Tasik Geneva, profesor berusia 47 tahun itu sedang giat membina otak tiruannya yang dinamakan projek Otak Biru dengan menggunakan silikon, emas dan gangsa.

Team Kuasa100

Hasil ciptaan yang terbaru itu mungkin dianggap sejenis makhluk dan dalam tempoh sedekad, makhluk rekaannya itu boleh berfikir, mempunyai perasaan dan lebih hebat lagi mampu jatuh cinta.

Projek Profesor Markram itu digolongkan sebagai percubaan paling luar biasa dalam sejarah saintifik.

Berpuluh-puluh juta euro telah mengalir ke makmal saintis itu di Institut Minda Otak Politeknik Ecole, di Lausanne bagi menjayakan projek itu manakala penyumbangnya termasuk pentadbiran Switzerland, Kesatuan Eropah (EU) selain beberapa firma swasta seperti gergasi perisiankomputer IBM.

Profesor Markram bukan membina robot yang meniru pergerakan manusia seperti ditonjolkan dalam filem sains fiksyen, sebaliknya beliau mahu menguraikan otak manusia sehingga ke peringkat terkecil iaitu sel sebelum hubungan di antara berbilion-bilion sel otak itu dianalisis seterusnya ‘dipetakan’ ke dalamkomputer.

Hasilnya, otak tiruan yang dinamakan Otak Biru itu boleh berfikir dan berperasaan seperti manusia tetapi ia berada di dalam sebuah super komputer.

“Kami akan melakukannya menjelang 2018. Kami memerlukan banyak wang tetapi saya memperolehnya,” kata Profesor Markram.

“Cuma segelintir saintis di dunia ini yang memiliki sumber kewangan seperti ini,” tambahnya. – Agensi

Sumber : Kosmo Online

0 comments:

Post a Comment

:: Renungkan ::

"Sahabat yang beriman ibarat mentari yang menyinar. Sahabat yang setia bagai pewangi yang mengharumkan. Sahabat sejati menjadi pendorong impian. Sahabat berhati mulia membawa kita ke jalan Allah"

Popular Posts


Total Pageviews

 

Copyright © 2010 Bicara Cyber • Design by Dzignine
Tower Defense GamesGame Video Recorder