Featured Post 1

Featured Post 1

Featured Post 2

Featured Post 2

"Apabila kita dilahirkan,

Kita menangis orang lain gembira,

Berusahalah apabila kita mati kelak,

orang lain menangis tapi kita masih mampu tersenyum"

(Hamka)

Lelaki Melayu kahwin dengan lelaki Inggeris...Apa dah jadi?

Thursday, December 3, 2009


Kosmo dan The Sun(UK) melaporkan seorang lelaki Melayu telah ‘berkahwin’ dengan seorang lelaki Inggeris.

Lelaki Melayu itu bernama Mohammed Fazdil Bin Min Bahari, berumur 36 tahun dan kini dikenali sebagai Fatine.Lelaki Inggeris itu pula berumur 30 tahun dan dikenali sebagai Ian Young.

Perkahwinan ‘sejenis’ mereka telah didaftarkan di Derby, England sambil disaksikan oleh saudara terdekat Ian Young. Mohammed Fadzil (Fatine) yang masuk ke negara itu melalui visa lawatan telah diarahkan pulang ke Malaysia kerana tempoh visanya telah tamat.

Ian Young dilaporkan bimbang dengan keselamatan ‘isterinya’ jika kembali semula ke Malaysia kerana undang-undang Malaysia tidak membenarkan perkahwinan sejenis.

Persoalannya kini,

1) Apakah status agama Mohammed Fadzil? Adakah dia sudah memeluk agama lain? Adakah dia sudah meninggalkan agama Islam?

2) Apakah pendirian Kerajaan Malaysia tentang insiden yang memalukan ini?

3) Apakah komen ‘Sister In Islam’? Adakah mereka akan menyokong dan membela tindakan Mohammed Fadzil?

4) Apakah tindakan yang patut dikenakan pada Mohammed Fadzil jika dia pulang ke Malaysia?

5) Adakah isu ini hanya isu kecil di Malaysia?



Dulu kita dikejutkan dengan pelajar Malaysia yang pintar iaitu Sufiah yang menjadi pelacur. Memang sedih bila lihat bangsa kita yang mendapat nikmat Islam tetapi berlaku perkara seperti ini. Sama-samalah kita berdoa agar Fazdil dan Sufiah mendapat petunjuk dan hidayah daripada Allah dan kembali kepada Ajaran Islam yang sebenar.

0 comments:

Post a Comment

:: Renungkan ::

"Sahabat yang beriman ibarat mentari yang menyinar. Sahabat yang setia bagai pewangi yang mengharumkan. Sahabat sejati menjadi pendorong impian. Sahabat berhati mulia membawa kita ke jalan Allah"

Popular Posts


Total Pageviews

 

Copyright © 2010 Bicara Cyber • Design by Dzignine
Tower Defense GamesGame Video Recorder