Featured Post 1

Featured Post 1

Featured Post 2

Featured Post 2

"Apabila kita dilahirkan,

Kita menangis orang lain gembira,

Berusahalah apabila kita mati kelak,

orang lain menangis tapi kita masih mampu tersenyum"

(Hamka)

:: Mancing 3 :: Memburu Kerapu

Sunday, May 9, 2010



Alhamdulillah... pada hari sabtu 08/05/2010, aktiviti memancing yang ke -3 di Tanjung Buai bagi tahun ini berjalan dengan jayanya tanpa misi yang besar, hanya memburu kerapu...

Pada Mancing 1, memburu semilang, Mancing 2, Memburu Siakap tercapai misinya, tetapi pada mancing kali ini, walaupun misi x berjaya tetapi beberapa rekod telah dapat dipecahkan....

Aktiviti kali ini dijalankan bersama - sama dengan Yazid setelah ustaz Nua x dapat ikut disebabkan ada urusan lain...(sbnrnya salah info...hehe)

Sampai aje di Tanjung Buai, air tengah surut...Jadi pergi lepak kat kedai kopi dulu...Jumpala dengan pakcik kat kedai tu..sempatla sembang2 pasal hobi memancing.. Lepas sembang pergila kat jeti, tengok orang mancing belanak pakai umpan roti je...Dapatla dalam seko dua...

Lepas tu kami kembali semula dekat arena memancing. Masa tu lebih kurang pukul 12:00. Walaupun air surut lagi tapi belasah je la...Bila labuhkan aje joran, joran terus disentap oleh ikan...dapatla hasil pertama tapi sampai skang x tau nama ikan ni.. Yazid cakap tu ikan belacak..ade2 je la ko..ikan belacak mata tersembul and ada sirip cam kaki...



Lepas tu x putus2 dapat ikan ni....


Dari pukul 12:00 ptg Hingga pukul tiga, joran kami tak abis - abis disentap oleh ikan mahupun ketam...Banyak gakla yang terlepas...Ketam aje dalam 6 ekor...mungkin mata kail x sesuai kot...Memang nak kena ketam ni...Kerana hati yang membara, maka set joran baru pun dikeluarkan dan beraksi buat pertama kali...Memang bestla mesin ni.. Terus dapat naikkan ketam sekor...

:: Aksi ketam sebelum jadi mangsa..hehe ::


:: Nasib ketam x berapa lama lepas tu..hehe ::


Sebelum berangkat pulang.. Akhirnya seekor semilang yang agak besar dapat dinaikkan. Memang bengkok joran..dahla joran yang paling kecil sekali...lenguh tangan.

:: Inila Semilang tersebut...perrghh...Masak Asam Pedas sedap ni ::


:: Hasil Mancing 3 2010 ::


Dah tak larat dah nak karang..takut nanti ada orang jeles lak...hehe

:: Yazid dengan tangkapan pertamanya " Ikan Bolos " ::


:: "Belin" Igauan pemancing, dapat 2 ekor n beso2 plak tu..huhu ::

1 comments:

{ ACHTUNG! } | November 25, 2020 at 3:23 PM said...

Walaupun post ni dah lama ... bila baca balik, masih terasa panas hatinye .... hmmmm... jom setting masa! hihihi

Post a Comment

:: Renungkan ::

"Sahabat yang beriman ibarat mentari yang menyinar. Sahabat yang setia bagai pewangi yang mengharumkan. Sahabat sejati menjadi pendorong impian. Sahabat berhati mulia membawa kita ke jalan Allah"

Popular Posts


Total Pageviews

 

Copyright © 2010 Bicara Cyber • Design by Dzignine
Tower Defense GamesGame Video Recorder